Arif BOOM boX


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Sunday 24 April 2011

Motorola Atrix 4G

Berbentuk palang yang klasik,muka depannya skrin sentuh kapasitif 4 inci. Dipasang dengan sistem android 2.2 (Froyo) pastu kamera depan 0.3megapiksel dan kamera belakang 5mp. Juga menyokong perakaman video 720p HD,berauto fokus dan mempunyai 2 lampu flash.gempak seh.
Harga lak dalam RM2000 dan hp ni digelar hp pintar terhandal dalam sejarah oleh sebab penggunaan prosesor Dual-core NVIDIA Tegra 2 dan penyokongan 4G.Motorola telah membuat pelbagai aksesori khas untuk hp ni yang dapat menukarkannya kepada komputer mudah alih.WOW

Versace Unique

Jenama fesyen Itali Versace baru-baru ini bekerjasama dengan kumpulan ModeLabs untuk menghasilkan hp. wow hp ni memang nampak mewah dan unik der.
Kamera gempak gak 5megapiksel,pastu ada auto fokus WOW!. Memori dalaman lak 8Gb memang besar der.Wifi pun ada huhuhu.Senang nak cek FB ke huhuhuhu. Tapi harga memang chantekk lebih kurang RM31 ribu tapi kat Malaysia takde jual la lau nak beli kat USA dan negara paling dekat kat China-Beijing lau nak beli.haha.

Saturday 23 April 2011

LG Optimus Big

Hp dari Korea ni besar skrin 4.3" memang besar tu. Buat masa ni dalam pasaran Korea je tapi mana tau masuk pasaran Malaysia nanti huhuhuhu.Platform 2.2 froyo dari sistem android google. Prosesor lak 1GHz haha jadi sistem dia lajula takda "lagging" orang kata macam lambat lambat memang takkan berlaku. Kamera 5megapiksel. Semua nampak sempurna.haha

Friday 22 April 2011

Samsung S3850 Corby II

Nampaknya Samsung dah keluarkan model baru siri Corby yang sebelum ni kira hangatla masa Corby I sebab harganya yang berpatutan. Cuma yang peningnya Corby II ni tak banyak beza dengan Corby I,beza dari besar skrin la kot yang sebelum ni 2.8" dan sekarang jadi 3.2". Tak tahula apa yang Samsung cuba buat sebab kamera masih ditakuk lama iaitu 2megapiksel.

Hp dari Samsung yang bakal keluar ni tak tahula harganya tapi saya menjangkakan harga lebih kurang masa Corby I awal awal keluar dulu jadi dalam lingkungan RM600-700.

Thursday 21 April 2011

Sony Ericsson W8 series walkman

Menggunakan sistem operasi yang terkenal dari google iaitu Android cuma dalam hp ni guna versi Eclair (2.1) kira dah hebat gak la berbanding versi sebelum ni iaitu 1.6 (Donut). Kamera 3.2megapiksel. Pastu ada wifi haha gempak gak.Besar screen lak 3.0" kira besar gak la nk banding hp biasa dlm 2.4".

Katanya bakal keluar dalam pasaran Malaysia nanti dalam harga RM799. Bolehla try jenguk2 kat kedai hp berhampiran mana tau da ada jual ke,huhuhuhu.

Suku pertama saham apple naik melambung lambung!!

Prestasi Apple nampaknya kian masa diperbaiki dan diperbaiki. Lagi sekali nampaknya pada 2011 ni Apple punya saham melambung naik.wowww. Pendapatan Apple setakat ini AS$24.67 billion. Iphone yang terhangat masa kini je dah dihantar sebanyak 18.65 juta ke seluruh dunia.Banyaknya orang yang beli iphone,huhuhuhu.

ipad walaupun tak sehangat iphone tapi setakat ni je dah dihantar sebanyak 4.7juta setakat suku tahun ini.haha apple memang terbayek dari ladang.

Saturday 16 April 2011

Apple ipad 2

Ipad 2,lebih hebat dari ipad 1 semestinya,33% lagi nipis dan 15% lagi ringan.wowww menakjubkan.huhuhuhu, guna dual-core prosesor,memang laju dan boleh main game yang guna banyak grafik2 hebat. dari segi fungsi lain lebih kurang mcm ipad 1 je. lau anda semua kaki game leh la beli ipad 2 ni tapi lau setakat guna fungsi2 biase macam e-book ke guna je ipad 1. tapi ikutla apa yang korang rase,ni cuma pendapat saya. =))))

harga katanya lebih kurang ipad 1 ar tu yang syoknya.huhuhuhu papepun selamat membeli apa yang anda semua nak.

Friday 15 April 2011

Pelancaran TV pintar 3D oleh Samsung

Akhirnya TV pintar sampai gak,lepas ni boleh la letak kat ruang tamu.Harga yang ditawarkan ialah serendah RM4499. Jadi apa kelebihan TV pintar ni berbanding TV biasa?? jawapannya:

-Boleh melayari Internet
Dibina dengan Flash 10.1 kiranya nak bukan apa laman web takda masalah sebab kebanyakkan web pakai flash jadi memang bagus samsung letak kelebihan flash.

-Kemudahan untuk Facebook,twitter
Apa yang bestnye sambil tengok tv leh la update apa yang patot dalam FB atau twitter masing2.hehe

Jom pergi beli....huhuhuhuhu =)))))

Thursday 14 April 2011

Nokia E7

Screen 4" perghhh kira besar jugakla lau nak banding ngan iphone 3.5". Nokia meletakkan produk kebanggan diorang iaitu Symbian bg platform untuk Nokia E7 ni iaitu Symbian ^3. Kira untuk hp pintarla,selalu produk nokia guna symbian S60 atau S40. Tapi yang hebat setakat ini Symbian ^3.

Dengan berbekalkan kamera 8megapixel berlensakan dari Carl Zeiss mesti gambar yang diambil menarik memang da bommm...huhuhuhu,sape yang banyak duit leh la beli dengan harga RRP: RM1995.Sekain =)))

HTC Sensation/HTC Pyramid

Rangkaian hp baru dari HTC bernama Sensation @ Pyramid ni kata bakal masuk pasaran Malaysia. Platform guna yang terbaru dari Android iaitu mestilah 2.3 (Gingerbread). Screnn pulak jenis Gorilla maksudnya memang jenis tahan calar ni.Memori dalaman 1Gb.wow besar la gak sebab leh guna memori kad micro SD.Katanya dapat sekali memori micro SD 8Gb. Kamera lak 8megapixel dengan dual LED.Jadi tangkap gambar pada waktu malam memang takda masalah lah. Memang terbaik dari ladang!! hohohoho

Pra pendaftaran untuk iphone 4 dari CELCOM

Baru-baru ni saya ada terbaca yang celcom pun nak masuk gak dalam persaingan sengit sapa yang bagi nilai yang lebih murah dan terbaik untuk pelanggan bagi kategori hp yang hangat masa kini iaitu IPHONE 4!!.
Sebelum ni cuma digi dan maxis yang sediakan pakej iphone tapi nampaknya kehangatan iphone dari apple ni juga membuatkan celcom juga mahu terlibat sama secara sihat.huhuhuhu.



Bolehla pergi ke laman web ni untuk pra pendaftaran---> Celcom-Iphone4

Wednesday 13 April 2011

Sony Ericsson XPERIA Arc

Wow produk baru dari SE ni memang gempakla...paling nipis katanya antara handphone pintar yang lain cuma 8.7mm!!,,,,memang nipis tu.Yang bestnye hp ni pakai platform ANDROID yg terbaru iaitu GinGERbread (2.3) jadi mestila laju berbanding 2.2(Froyo)....

Kamera pun macam gempak walaupun 8megapixel tapi guna sistem BRAVIA tu!! yang mcam guna kat tv sony...perghhhh memang menarik la maksudnye skrin dia.Sudah pun berada di pasaran hp ni....leh la sesape yang mampu beli hp ni yang gempak...RRP: RM2099 tp lau maxis RM1499 tak silap tapi ada ikat kontrak...jadi mana yang terbaik? tepuk dada tanyala selera...yumm yumm yummm...huhuhuhuhu